Followers

Gambar : Ribuan Peguam dan orang ramai berhimpun bantah akta Perhimpunan

Tuesday, November 29, 2011


Peguam-peguam di seluruh negara yang berada di bawah naungan Majlis Peguam Malaysia sedang berhimpun di Kelab Taman Perdana Diraja, Kuala Lumpur bagi meluahkan bantahan terhadap penggubalan Akta Perhimpunan Aman 2011.


Rang undang-undang yang akan dibahaskan di Dewan Rakyat hari ini untuk bacaan kali kedua dijangka akan diundi pada malam ini.

Sambil menyifatkan rang undang-undang itu akan merampas hak rakyat yang dijamin oleh perlembagaan, presiden Majlis Peguam, Lim Chee Wee berkata peguam di seluruh negara tidak sepatutnya hanya menyaksikan kebebasan rakyat disekat tanpa membuat sebarang tindakan.

Justeru, Majlis Peguam Malaysia telah mengerahkan anggotanya supaya berkumpul di Kelab Taman Perdana Diraja dan akan berjalan kaki menuju ke Parlimen sebagai menunjukkan bantahan mereka meskipun bersetuju membuat beberapa pindaan kecil.

Perarakan yang dinamakan ‘Walk for Freedom’, akan menyaksikan peguam-peguam berjalan sejauh kira-kira dua kilometer menuju ke bangunan Parlimen bermula jam 11.30 pagi ini.

Sebuah lagi kumpulan pendesak 'Occupy' juga dilapor akan berhimpun selama tiga hari berturut-turut di hadapan bangunan Parlimen bagi menunjukkan bantahan yang sama.




















Laporan penuh sila baca di SINI, lagi gambar sila lihat di SINI


Click Iklan Untuk Bantu Admin
Klik untuk berita penuh >>

Bil Perhimpunan Aman akhirnya berjaya diluluskan





Rang Undang-undang Perhimpunan Aman akhirnya diluluskan Dewan Rakyat selepas perbahasan kira-kira tiga jam oleh lima anggota parlimen.

Rang undang-undang itu - yang mengharamkan demonstrasi jalanan dan membenarkan perhimpunan lain dengan beberapa syarat ketat - lulus dengan undi suara ketika ketiadaan anggota Pakatan Rakyat yang keluar dewan sebelumnya.

Rang undang-undang itu dibahaskan oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim (PKR-Permatang Pauh), Abdul Rahman Dahlan (BN-Kota Belud), Lim Guan Eng (DAP-Bagan), Abdul Hadi Awang (PAS-Marang), Ibrahim Ali (Bebas-Pasir Mas) dan P Kamalanathan (BN-Hulu Selangor).

Ahli parlimen Pakatan bertindak keluar dewan hari ini bagi membantah tindakan kerajaan yang enggan membawa rang undang-undang perhimpunan aman untuk dibincangkan di peringkat jawatankuasa terpilih.

Mereka juga membantah keputusan Yang dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia yang hanya membenarkan ahli parlimen kanan pembangkang untuk berbahas.


Click Iklan Untuk Bantu Admin
Klik untuk berita penuh >>

RUU HImpunan Aman : Umno SEMAKIN CELARU DAN BIMBANG



PAS mengingatkan kerajaan Umno-BN bahawa transformasi yang dicanang oleh PM mestilah ke arah lebih baik, bukan undur ke belakang. Jangan sesekali cuba memperkenalkan transformasi palsu yang berlindung di sebalik akta atau rang undang-undang (RUU) bagi menghalalkan tindakan zalim pemerintah.
PAS menegaskan pendirian bahawa RUU Himpunan Aman (RUUHA) 2011 mesti ditarik balik kerana mempunyai kecacatan melampau dan ianya tidak langsung memberi gambaran “aman” sebagaimana dicanangkan.

Rakyat melihat RUU ini adalah gambaran kecelaruan dan kebimbangan parti Umno-BN yang kini berhadapan dengan kebangkitan rakyat. Apakah Umno tidak belajar daripada pelbagai akta zalim yang dilaksanakan di Timur Tengah sehingga menyebabkan kemarahan rakyat? Bahkan, mereka bangkit bukan sahaja medesak undang-undang dipinda tetapi menumbang terus kerajaan yang zalim itu.

RUUHA merupakan kebimbangan pemerintah terhadap keputusan yang akan dibuat oleh rakyat dalam PRU13 akan datang, bagi membolehkan kerajaan bertindak menangkap dan menghukum sesiapa sahaja yang berhimpun menunjuk perasaan tidak puashati terhadap tindakan kerajaan.

Rakyat umum perlu disedarkan tentang implikasi RUUHA ini, kerana seandainya ia diluluskan, maka rakyat sudah pasti hampir tidak boleh langsung berhimpun bagi meluahkan bantahan terhadap sebarang isu-isu yang tidak berpihak pada kerajaan Umno-BN walaupun ia jelas menindas mereka.

Ingatlah, kemarahan rakyat tidak akan dapat disekat dengan undang-undang. Ambillah pengajaran daripada sepucuk surat yang dihantar oleh Saidina Umar bin Abdul Aziz tatkala beliau menerima permohonan peruntukan kewangan bagi membuat benteng untuk menyekat sekumpulan golongan pemberontak.
Kata Umar bin Abdul Aziz: "Bentenglah kemarahan rakyat kamu dengan keadilanmu, payungi rakyatmu dengan kasih sayangmu, kerana itu lebih baik dari kamu membina benteng besi menyekat kemarahan rakyatmu.”
Ustaz Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man
Ketua Penerangan PAS Pusat
Klik untuk berita penuh >>

GAMBAR BRITISH POTONG KEPALA ORANG SELANGOR! INI yang UMNO banggakan..!



Aku teringat pasal pendebatan antara Tim. Men. Pelajaran vs Saifudin Nasution bertajuk Wajarkah sejarah di tulis semula, selepas fenomena yang terbangkit kerana UMNO menembak Mat Sabu... Persoalan sebenar masih tak terjawab hingga kini, benarkah Mat Indera itu seorang Komunis atau Pejuang Negara ataupun seorang talibarut/Barua British..

Tapi aku teringat kata2 pendokong2 UMNO yang tolol.. mereka selalu kata lebih baik British Perintah daripada komunis, kerana Komunis kejam... aku gelak dulu.. kah kah kah, Dari mana depa dapat komunis itu kejam dan British itu mulia? itu kene tanya prof kangkung mydin, Mulalah fenomena baru Malaysia tak di jajah sebenarnya tapi Merdeka ajer.. ha ha ha Persoalannya jika tak di jajah kenapa UMNO nak claim mereka tuntut kemerdekaan???

Jafik nak tunjuk kat hanpa bahawa British juga pun kejam sebenarnya... Selebihnya korang pikio lah sindri..

Teruskan bacaan,

ALA!!! Tentera British bunuh orang kampung di Batang Kali tahun 1948

12 Disember 1948.satu sejarah hitam yag tidak boleh dipadamkan dari sejarah tanahair. ini bukti kerakusan dan kejamnya tentera british yang dikatakan datang membawa keamanan di tanah melayu ketika itu..

Ini adalah sebuah cerita pembunuhan beramai-ramai penduduk keturunan Cina di sebuah ladang getah oleh tentera british sebelum tentera penjajah itu membakar kampung mereka.

Platun ke-7, G Company, yang ke-2 daripada Pengawal Scotland mengepung sebuah kebun getah di Sungai Rimoh, Batang Kali, Selangor, di Malaya. 24 orang penduduk yang tidak bersenjata dan tidak bersalah telah dibunuh.
Tanpa kesempatan melarikan diri dan membela diri, penduduk perkampungan itu telah dituduh sebagai komunis, dalam kejadiaan itu seorang mangsa berjaya menyelamatkan diri, selain itu isteri-isteri dan anak-anak mangsa melihat sendiri kejadian kejam itu dilakukan didepan mata mereka.

Pada 1 November 1949 Satu siasatan rasmi telah dijalankan terhadap arahan Attorney-General Malaya pada ketika itu. hasil daripada siasatan tersebut adalah AG berpuas hati yang ‘saspek-saspek (24 lelaki tersebut) mungkin berjaya melarikan diri jika askar-askar tersebut tidak melepaskan tembakan. Siasatan ini tidak pernah diketengahkan ke pengetahuan umum, atau dihantar ke ‘War Office’.

Apa yang menyebabkan peristiwa penting ini menjadi tragedi besar?, dan adakah mereka komunis seperti yang didakwa.

Satu kenyataan S urat Khabar Inggeris (The People) pada 1 Februari 1970 telah membongkar dan mengutuk pembunuhan kejam tersebut. Kenyataan bersumpah daripada Tentera British (bekas Pengawal Scotland) menunjukkan fakta-fakta yang berikut:-

i. patrol tersebut mendapat arahan awal untuk memusnahkan kampung berkenaan;
ii. ahli-ahli patrol telah diberi peluang untuk tidak melibatkan diri dengan pembunuhan itu;
iii. Mangsa-mangsa telah ditembak tanpa mencuba untuk melarikan diri; dan
iv. terdapat konspirasi untuk menipu soal siasat pada 1949.

Malah Setiausaha Pertahanan (Dennis Healy) mengarahkan Polis Penyiasat Scotland untuk menubuhkan pasukan tugasan khas (diketuai oleh Frank Williams) untuk menyiasat perkara ini. Hasil daripada siasatan ini, bukti yang kukuh telah dapat dikumpulkan, yang menunjukkan bahawa kejadian pembunuhan kejam di Batang Kali pada Disember 1948 memang sebenarnya telah berlaku.

Istilah Pembunuhan kejam digunakan kerana siasatan mendapati tindakan Platun ke-7, G Company adalah silap, mereka yang dibunuh bukan anggota komunis seperti yang didakwa..

Satu dokumentari BBC pada 9 September 1992 , menyiarkan laporan siasatan mengenai pembunuhan beramai-ramai tersebut yang bertajuk “In Cold Blood” disiarkan di United Kingdom dan mendedahkan bukti baru mengenainya.

Dokumetari tersebut menyiarkan laporan-laporan saksi-saksi dan mangsa-mangsa yang terselamat termasuk pengakuan sesetengah bekas Pengawal Scotland dan temuramah bersama Pegawai Polis Penyiasat Scotland yang telah menyiasat kes ini pada 1970. Ia jelas menunjukkan kesalahan Pengawal-pengawal Scotland berkenaan dan penipuan besar-besaran berkenaan pembunuhan tersebut. Walaubagaiamanapun, tiada apa yang telah dilakukan oleh kerajaan UK selepas itu dan tiada pegawai British
yang telah ditahan.

Umnoapco sebelum ini sibuk menuduh orang itu dan orang ini komunis, walaupun t iada bukti nyata keterlibatan mereka secara langsung dengan komunis, ia sama seperti apa yang telah dilakukan oleh platun ke 7 tentera british dulu.

Fikirkan juga mengapa tentera Britain tergamak membakar sebuah kampung di Batang Kali itu hanya kerana bimbangkan ancaman komunis walaupun penduduk kampung itu sebenarnya tidak bersenjata mahupun membahayakan tentera terbabit,malah tiada bukti mereka terlibat secara langsung dengan komunis, adakah kerana mereka berbangsa cina maka mereka dilebelkan komunis?

Apa yang umnoapco lakukan sekarang sama, walaupun seseorang itu tidak dapat dibuktikan terlibat secara langsung dengan komunis, tetapi jika ia satu ancaman, ia perlu diburukkan dan dicop sebagai bahaya.- Paspb
Klik untuk berita penuh >>

LEMBOO nasihat LEMBU...

Tuesday, November 15, 2011

ho..ho..ho........ Bung Mokhtar bercakap dengan Lembu ke... bercakap dengan dinding... kah...kah...kah....., atau retorik nak meraih sokongan... al maklumlahhhhh.... adegan bodek membodek dah bermula... hahahaha...
kihkihkih macam muka siapa? makan sampai tembam ini macam??

Kononnya nak tunjuk dialah hero agaknya.... muakakakakaaaaa.... semuanya wayang umPORno... kah...kah...kah....

Weiiii... Bung Mokhtar..!!! gua tau laaa... lu ada teloq mau tegur itu Mami Shahrizat tapi lu ingat itu Mami mau dengar kaaaaa.... hahahaha... mana pernah ada dalam sejarah Malaysia mana2 Menterinya ada akauntabiliti dan perasaan tanggungjawap beb.... hahahaha... kaki sebat ramai laaaaa....!!!

Apa lu ingat macam Negara Jepun kaaa... atau mana2 negara luar, jika ada Menteri terpalit dengan sesuatu skandal/tuduhan... on the spot diorang letak jawatan..., diorang ada maruah dan harga diri.

Ini Malaysia beb... Menteri2 kat Malaysia mana ada maruah dan harga diri, diorang punya muka mana ada rasa malu beb... walau terpalit dengan skandal pelbagai isu pun masih mau kekal punya... muka tebal tampal kulit babi 14 inci beb... lu pun serupa jugak.... itulah perangai dan sifat menteri2 kat Malaysia sejak dulu kini dan selamanya... eerrrr... maksud gua selagi umporno/beEnd memerintah... hahaha...
"Isu Fidlot, (mereka) yang terlibat perlu letak jawatan segera jangan menyusahkan Umno. Kerana seorang, Umno susah. Saya tegas tidak kira dia wanita Umno, buat salah siasat ambil tindakan, saya desak letak jawatan, jangan menyusahkan Umno," MP Kinabatangan, Datuk Bung Mokhtar Radin di Parlimen sebentar tadi.
Perghhhh.... cakap tarak serupa bikin la ini MP dari Kina Batang Ngan... hehehe... lagi sekali gua kasi ingat sama luuuuu...., lu punya kenyataan serupa cakap dengan lembu fidlot yang sememangnya BODOH BANGANG macam Mami Lumbu jugaaaaa.......!!!!

oleh: ikutsukaaku
Klik untuk berita penuh >>

Tolak politik api-apikan perkauman

Sunday, November 13, 2011

Malaysia akan lebih aman dan adil jika orang Melayu menolak  fahaman politik UMNO masa kini yang lebih gemar mengapi-apikan sentimen perkauman daripada berusaha membanteras rasuah dan penyelewengan.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor Khalid Samad berkata, ajaran Islam sebenarnya menggalakkan umatnya untuk lebih memahami dan menghormati hak-hak orang bukan Islam, dan bukan bermusuhan atau benci-membenci.

“Banyak orang UMNO kata rasuah itu tidak mengapa, asalkan yang untung dan kaya raya ialah Melayu. Dulu kita bangkitkan tentang soal rasuah, mereka kata ‘kenapa nak bising, yang dapat ialah orang Melayu, yang kaya ialah Melayu… apa salahnya’?


“Jadi, mereka ini memang tidak kisah kalau nak menipu, rasuah, menzalimi orang lain. Tetapi Nabi Muhammad sendiri menolak dan tidak mengakui umat yang angkuh, dan zalim.

“Kerosakan angkara UMNO ini satu hakikat yang akhirnya sampai ke hari ini orang Melayu tidak punya keyakinan untuk berdikari, budaya bergantung sehingga jika UMNO tiada lagi, mereka ingat habis semua Melayu. Inilah masalahnya,” katanya.

Beliau bagaimana pun bersyukur kerana rakyat Malaysia semakin mula bersatu dan membebaskan diri dari belenggu perkauman.

“Orang Melayu boleh ke gereja berjumpa dengan penganut Kristian, boleh ke tokong atau kuil tanpa rasa syak wasangka,” katanya, menambah ini juga adalah pendirian PAS yang mahu berbaik-baik dengan semua kaum dan agama, asalkan tidak membabitkan soal akidah.

Khalid yang juga Ahli Parlimen PAS Shah Alam berkata demikian ketika berucap pada majlis makan malam pungutan dana untuk sekolah agama rakyat dan surau di Puchong Indah anjuran DAP Puchong, malam kelmarin.

Majlis tersebut yang dihadiri lebih dari 400 masyarakat Puchong dari pebagai latar kaum dan budaya yang berbeza turut mengutip derma lebih RM20,000 untuk memperbaiki surau dan sekolah agama di kawasan itu.
Khalid turut memberi contoh riwayat Khalifah Islam yang kedua, Saidina Umar Al-Khattab yang menakluk Baitulmaqdis, telah berjaya mewujudkan suasana toleransi di antara orang Islam dan Kristian, termasuk mengadakan perbicangan dan dialod dengan para paderi.

Jelas beliau, kebijaksanaan Umar terserlah apabila beliau dipelawa untuk bersolat di sebuah gereja, telah menolaknya secara berhemah kerana khuatir masyarakat Islam zaman akan datang mungkin mahu menjadikan gereja itu sebagai masjid.
“Ini adalah kerana adanya sifat orang Islam menghormati dan memikirkan kesan jangka panjang terhadap masyarakat akan datang,” ujarnya.
Klik untuk berita penuh >>

BARU NAK KIRA MARUAH KELUARGA...

Friday, November 11, 2011


Gambar Sharizat Sekeluarga......
RUPA-rupanya Shahrizat Jalil ada perasaan juga terhadap keluarganya sendiri. Di dalam isu projek Pusat Feedlot Kebangsaan (NFC), beliau menyuarakan kekesalannya bernada sedih apabila Pembangkang banyak memperkatakan tentang projek tersebut yang ada kaitan rapat dengan keluarganya.

Nada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat itu menggamit simpati terutamanya kepada ahli-ahli Umno khususnya Wanita Umno yang beliau selaku Ketuanya. Beliau berkata,

" Saya rasa keluarga saya tidak sepatutnya dilemparkan dengan tuduhan sebegini kerana keluarga saya telah bekerja keras, tetapi itu bukan perkara pokoknya," katanya (Malaysiakini).

Bagaimana agaknya jika beliau di tempat DS Wan Azizah atau keluarga DS Anwar Ibrahim apabila bertahun-tahun DS Anwar diaibkan? Seluruh media kerajaan dikerah saban hari untuk memburukkan DS Anwar sehingga ke tahap paling mengaibkan dengan video dan foto lucah dipamerkan di akhbar dan TV.

Ketika itu, pernahkah Shahrizat merasa apa yang dirasai oleh keluarga Mantan TPM itu bahkan bekas bos Shahrizat sendiri?

Cuba kita bandingkan setakat mana sangat apa yang dilalui oleh Shahrizat itu jika dibandingkan dengan apa yang telah dilakukan terhadap DS Anwar. Saya rasa sebanyak tahi kuku pun tidak sampai apa yang dialami oleh Shahrizat.

Sudah menjadi kebiasaan bagi mana-mana pemimpin Umno, mereka tidak pernah fikirkan perasaan orang lain tetapi apabila terkena sedikit pada batang hidung sendiri, ketika itu baru mahu bercakap soal keadilan dan maruah.

Di dalam isu Projek Feedlot ini, kita boleh bandingkan apa beza pimpinan PR dengan pemimpin Umno. KM P.Pinang, Lim Guan Eng awal-awal mengambil alih P.Pinang secara tegas dan terbuka menyebut `haram' bagi ahli keluarganya memohon tanah hatta seinchi pun atau sebarang projek di P.Pinang.

MB Kelantan pula, Tuan Guru Hj Nik Aziz sanggup mengeluarkan menantunya Ariff Fahmi sebagai CEO PMBK apabila ada yang mempertikaikannya walaupun terbukti siasatan SPRM tiada berlaku sebarang penyelewengan di perbadanan tersebut. Ertinya, Tuan Guru Nik Aziz bersedia menerima teguran dari sesiapa pun.

Bagaimana dengan pemimpin Umno? Siapa Nazir Najib? Dan, kini keluarga Shahrizat pula. Baru `digertak dan disakat' sedikit oleh Pembangkang, gelabah dibuatnya hinggakan Noh Omar terpaksa `bersilat' siang malam di TV sehinggakan terpaksa menjawab panjang lebar di dalam wawancara akhbar Sinar hari ini.

Adakah isu itu akan selesai selepas ini? Tidak, rakyat akan menilai bukan sahaja dari segi salah laku projek tersebut, tetapi mengapa projek itu dapat kepada keluarga Menteri ini. Bayangkan jika ini terjadi kepada keluarga MB Selangor, Tan Seri Khalid maka sudah tentu hiruk pikuk TV 3 dibuatnya./wfauzdin.blogspot.com
Klik untuk berita penuh >>

BUKTI SHARIZAT LEMBU SEKELUARGA ADA KEPENTINGAN DALAM SYARIKAT FEEDLOT!

Thursday, November 10, 2011

Ini contoh gambar 1compony dari FEEDLOT SHARIZAT...
REAL FOOD COMPANY

Lihat nama2 yang menjadi director syarikat Lembu Sharizat yang di nafikan oleh Noh Omar menteri Pertanian...

Lihat siapa director kalau bukan suami sendiri dan anak sendiri... Ini salah satu kerja2 Kapitalis!

Kalau korang tak caya kora copy no syarikat daftar tu korang search sindri.. kehkehkeh

gambar penuh sila ke album : klik SINI

Minta sebarkan2... Banyak sangat penipuan demi penipuan dari Menteri berkenaan wang yang di salah guna.. patutlah ketirisan negara setahun sahaja 200Billion..

Tunggukan bukti pembelian rumah oleh sharizat bernilai 9Juta secara Cash pula..!

Kalau aku jadik menteri Pertanian aku suruh bukak bisnis ternak menteri2 mangkok lagi.. kahkahkah

Berita berkaitan skandal SHARIZAT dan Lembu2 nya boleh teruskan bacaan..


Pusat penternakan gagal: Suami Shahrizat, anak ada kepentingan

PETALING JAYA 25 Okt: KEADILAN menyambut baik keputusan Jawatankuasa Kira-kira Awam (PAC) memulakan siasatan ke atas National Feedlot Corporation Sdn Bhd yang dimiliki suami dan anak kepada Datuk Seri Shahrizat Jalil, menteri kanan dan Ketua Wanita Umno.
Perkara itu dinyatakan dalam kenyataan media bersama yang dikeluarkan Ketua Wanita KEADILAN, Zuraida Kamaruddin, Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli, dan Adun Sikamat, Aminuddin Harun.
Di bawah Rancangan Malaysia ke 9, Pusat Feedlot Kebangsaan yang dimiliki dan dikendalikan syarikat itu diberi status projek berimpak tinggi dengan sasaran memenuhi 40 peratus permintaan dan pengeluaran daging lembu untuk pasaran tempatan.
Pada 20 Oktober lalu, satu pasukan peninjau yang diketuai Rafizi dan Aminuddin telah membuat kunjungan ke pusat seluas 5,000 ekar di Gemas itu, bagi menentukan pencapaiannya.
Hasil maklumbalas dari temuramah yang dilakukan mendapati jumlah lembu yang diimport itu dipelihara sekitar 1,000 ekor sahaja, manakala lembu yang disembelih pula sekitar 20 ekor sehari.
“Kajian awal KEADILAN, menunjukkan projek ini gagal walaupun menelan jumlah besar wang rakyat dan kurniaan tanah 5,000 ekar,” kata Zuraida ketika sidang media di Ibu Pejabat KEADILAN, di sini hari ini.
Menurutnya, prestasi operasi syarikat itu perlu dibandingkan dengan sasaran yang ditetapkan memandangkan projek tersebut mendapat bantuan kewangan kerajaan berjumlah RM250 juta.
Jumlah penggunaan daging lembu sepatutnya ialah 162,357 tan manakala jumlah lembu yang perlu di sembelih pula ialah sebanyak 1,500 ekor sehari untuk dibekalkan di pasaraya tempatan.
Penyelidikan KEADILAN juga mendapati operasi lain yang diamanahkan kepada syarikat milik suami dan anak Shahrizat itu masih belum dilaksanakan walaupun mendapat peruntukan besar.
Penyelewengan wang rakyat
Selain aktiviti mengimport, syarikat itu juga dilantik kerajaan untuk membangunkan penternak kecil melalui konsep penternakan satelit, membangunkan makanan lembu berkualiti dan baja dari operasi penternakan tersebut.
KEADILAN berpendapat isu ini perlu diberi perhatian serius kerana ia salah satu contoh utama bagaimana penyelewengan wang rakyat akibat ketirisan mempunyai kesan mendalam kepada kenaikan harga barang yang menekan rakyat.
Ini kerana Projek itu dilancarkan kerajaan bertujuan untuk mengurangkan import makanan yang memainkan peranan utama kepada kenaikan harga barang makanan yang terpaksa ditanggung rakyat.
Sementara itu, Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli menggesa Shahrizat dan Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku bekas menteri yang bertanggungjawab menganugerahkan projek tersebut, tampil menjelaskan perkara itu.
“Masalah ini timbul apabila anak-anak dan suami menteri berkenaan menandatangani ‘soft loan’ daripada kerajaan yang diberikan buta-buta kepada Shahrizat. Sampai bila pun (projek ini) tidak dapat pulangan kerana pelihara lembu hanya 1,000 ekor,”.
“Kesannya kerajaan akan tanggung sehingga harga barangan jadi naik dan sebagainya,” ujarnya.
Klik untuk berita penuh >>

Negara perlukan pemimpin berakhlak

Tuesday, November 8, 2011

1. Pengurusan ekonomi amat penting bagi sesebuah negara untuk meletakkan rakyatnya dalam keadaan sejahtera, dan harmoni disamping memacu pembangunan dan kemajuan negara tersebut.  Kejayaan dan kecemerlangan dalam pengurusan ekonomi sangat bergantung kepada keupayaan pengurus dan pentadbirnya.  Tentunya nilai tertinggi pada graf keupayaan pengurus dan pentadbir itu ialah akhlaknya selain kemahiran, kreativiti, inovasi dan pengalaman.

2. Seringkali masalah ekonomi yang dihadapi oleh negara kita bukanlah berpunca dari penurunan kadar bahan mentah atau sumber pendapatan, justeru umum menyedari bahawa negara kita antara negara yang makmur dengan limpahan rezeki kurniaan Allah swt dalam pelbagai kategori seperti pertanian, perlombongan dan sebagainya.  Masalah yang dihadapi dalam pengurusan ekonomi negara ialah ketirisan, salah guna dana negara, pembaziran, rasuah dan penipuan.  Inilah masaalah akhlak yang saya maksudkan.


3. Sebagai penyelamat ummah dan tamaddunnya, Nabi kita Muhammad saw telah diutuskan oleh Allah swt dengan membawa nilai akhlak yang tinggi dan sempurna selepas aqidah tauhid.  Akhlak ini menjadi prinsip untuk melahirkan insan yang soleh, berintegriti dan seterusnya untuk membentuk sebuah masyarakat baik dan kerajaan yang adil serta telus (Good Governance).

Sabda Rasulullah saw:   انّما بُعثت لأُتمم مكارم الأخلاق
Sesungguhnya Aku dibangkitkan adalah untuk menyempurnakan kemuliaan Akhlak.

4. Ekonomi tidak akan stabil malah berpotensi untuk berlaku inflasi jika ianya diurus dan ditadbir oleh mereka yang tidak berakhlak sedang negara mempunyai sumber ekonomi dan asas pendapatan yang baik.  Tidak keterlaluan jika saya tegaskan bahawa negara juga boleh jatuh bankrap dan tergadai angkara pengurus dan pentadbir ekonomi yang tidak berakhlak.

5. Implikasi dari ketiadaan akhlak ini biasanya akan melahirkan sifat rakus, tamak, haloba, alpa, sombong, bongkak dan angkuh pada pengurus dan pentadbir ekonomi negara sedang didepan mereka timbunan dana harta yang menjadi amanah rakyat untuk mereka urus tadbir.  Firman Allah merakamkan kisah sang penguasa yang angkuh :

إِنَّ قَارُونَ كَانَ مِن قَوْمِ مُوسَىٰ فَبَغَىٰ عَلَيْهِمْ وَآتَيْنَاهُ مِنَ الْكُنُوزِ مَا إِنَّ مَفَاتِحَهُ لَتَنُوءُ بِالْعُصْبَةِ أُولِي الْقُوَّةِ إِذْ قَالَ لَهُ قَوْمُهُ لَا تَفْرَحْ إِنَّ اللَّهَ لَا يُحِبُّ الْفَرِحِينَ

Sesungguhnya Qarun adalah ia dari kaum Nabi Musa, kemudian ia berlaku sombong dan zalim terhadap mereka; dan Kami telah mengurniakannya dari berbagai jenis kekayaan yang anak-anak kuncinya menjadi beban yang sungguh berat untuk dipikul oleh sebilangan orang yang kuat sasa. (Ia berlaku sombong) ketika kaumnya berkata kepadanya: "Janganlah engkau bermegah-megah (dengan kekayaanmu), sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang bermegah-megah. (seperti lagakmu itu).

وَابْتَغِ فِيمَا آتَاكَ اللَّهُ الدَّارَ الْآخِرَةَ وَلَا تَنسَ نَصِيبَكَ مِنَ الدُّنْيَا وَأَحْسِن كَمَا أَحْسَنَ اللَّهُ إِلَيْكَ وَلَا تَبْغِ الْفَسَادَ فِي الْأَرْضِ إِنَّ اللَّهَ لَا يُحِبُّ الْمُفْسِدِينَ

"Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah kepadamu akan pahala dan kebahagiaan hari akhirat dan janganlah engkau melupakan bahagianmu (keperluan dan bekalanmu) dari dunia; dan berbuat baiklah (kepada hamba-hamba Allah) sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu (dengan pemberian nikmatNya yang melimpah-limpah); dan janganlah engkau melakukan kerosakan di muka bumi; sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang berbuat kerosakan ".

قَالَ إِنَّمَا أُوتِيتُهُ عَلَىٰ عِلْمٍ عِندِي أَوَلَمْ يَعْلَمْ أَنَّ اللَّهَ قَدْ أَهْلَكَ مِن قَبْلِهِ مِنَ الْقُرُونِ مَنْ هُوَ أَشَدُّ مِنْهُ قُوَّةً وَأَكْثَرُ جَمْعًا وَلَا يُسْأَلُ عَن ذُنُوبِهِمُ الْمُجْرِمُونَ

Qarun menjawab (dengan sombongnya): "Aku diberikan harta kekayaan ini hanyalah disebabkan pengetahuan dan kepandaian yang ada padaku". (Kalaulah Qarun bijak pandai) tidakkah ia mengetahui dan pandai memahami, bahawa Allah telah membinasakan sebelumnya, dari umat-umat yang telah lalu, orang-orang yang lebih kuat daripadanya dan lebih banyak mengumpulkan harta kekayaan?  Dan (ingatlah) orang-orang yang berdosa (apabila mereka diseksa) tidak lagi ditanya tentang dosa-dosa mereka, (kerana Allah sedia mengetahuinya).

Sural Al Qasas : Ayat 76 - 78

6. Contoh mudah kepincangan dan penyelewengan yang berlaku dapat dilihat melalui Laporan Ketua Audit Negara yang dibentangkan baru-baru ini.

a> Antaranya projek kerajaan yang diberi melalui runding terus dan tentunya ia dilihat sebagai anugerah kepada kroni ialah projek pembelian kuda "sakit" oleh Majlis Sukan Negara.  23 ekor kuda yang dibeli dengan harga RM246,000 seekor, hanya lima ekor sahaja layak bertanding.

b> Jabatan Taman Laut Malaysia (JTLM) membelanjakan lebih daripada RM128,000, iaitu lebih 2,810% di dalam pembelian pelbagai jenis peralatan.  Menghairankan apabila pembelian sebuah binokular pada harga RM56,350 or 2,805% tinggi daripada harga pasaran RM1,940.

c> MARA (Majlis Amanah Rakyat) pula ketuhar hampir 300% (RM1,200) lebih tinggi daripada harga pasaran RM419 dan "katil boleh lipat" pada lima kali ganda RM500 yang harga pasarannya RM100.  Keborosan sedemikian ini tidak kena pada tempatnya kerana ia tidak mendatangkan sebarang faedah pada warga MARA.
d> Syarikat-syarikat GLC yang ditegur pengurusannya berulang tahun juga terus dilanda kerugian dengan suatu kerugian yang sangat besar.

i -  Syarikat Perumahan Negara Bhd rugi RM21.4 juta,
ii - Indah Water Konsortium Bhd rugi RM33.4 juta,
iii - Aset Global Network Sdn Bhd rugi RM41.1 juta,
iv - Keretapi Tanah Melayu Berhad rugi RM92.6 juta,
v - Prasarana Bhd rugi RM367.1 juta.

7. Kesan yang lebih besar dapat dilihat dengan jelas sebagai manifestasi dari tandus akhlak apabila hutang negara meningkat sebanyak 12.3% kepada angka RM407.11 billion pada tahun 2010 berbanding RM362.39 billion pada tahun 2009, keadaan ini merupakan tahun kedua berturut-turut nisbah hutang negara kepada KDNK melebihi 50% iaitu pada kadar 53.1%.

8. Terbaru negara kita digegar riuh oleh isu kepincangan dan kegagalan projek lembu Feedlot di Gemas Negeri Sembilan, satu projek bernilai RM 73.64 juta.  Sehingga sekarang pihak yang bertanggungjawab masih gagal untuk memberi penjelasan.

9. Ketua Audit Negara telah berkali-kali menegur kerajaan samaada kerajaan persekutuan atau kerajaan negeri, demikian juga dengan kementerian-kementerian agar bijak berbelanja, elakkan ketirisan, rasuah dan pembaziran, malangnya mereka tidak pernah memahami bahasa Ketua Audit Negara.  Justeru itu saya menyeru rakyat agar mendidik dan menegur kerajaan yang gagal mengurus ekonomi berasaskan akhlak terpuji dengan menggunakan "bahasa undi" dalam pilihanraya umum akan datang.  Tiada membawa berkah dan rahmah apabila ekonomi tidak diurus dengan akhlak yang soleh dan hati yang taqwa kepada Allah swt.

10. Rakyat jangan anggap remeh perkara ini.  Pemimpin yang gagal memiliki akhlak yang soleh dan moral yang beretika tidak layak diserahkan amanah mengurus hasil dan harta negara kerana kelak rosak binasa sementara rakyat terus menderita terperangkap dalam pelbagai situasi seperti kenaikan harga barang, peningkatan kadar cukai, pemotongan subsidi dan 1001 situasi yang menyenak perut sang marhaen.

*Kenyataan media oleh Nasrudin bin Hassan (gambar kiri)
Klik untuk berita penuh >>

Tak Masuk Akal Jika PR Perintah, Sektor Awam Terhakis.!!



Sambil menegaskan perkhidmatan kerajaan dilindungi sepenuhnya oleh Perlembagaan Persekutuan, pakar perlembagaan Prof Dr Abdul Aziz Bari berkata, satu suruhanjaya diraja perlu ditubuhkan untuk mengkaji kedudukan sektor awam dan mengemukakan syor-syor bagi tujuan penambahbaikan.
Sehubungan itu kata beliau, tiada mana-mana pihak termasuk kaum Melayu harus bimbang dengan tanggapan sesetengah pihak bahawa kedudukan perkhidmatan awam akan terganggu gugat.
“Anggota perkhidmatan awam tidak boleh disingkirkan begitu sahaja. Begitu juga dalam soal kenaikan pangkat,” kata beliau dalam satu kenyataan.
Aziz (gambar) berkata kemungkinan Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua telah tersilap dalam memberikan pandangannya dan digunakan oleh media pro-Umno seperti untuk menjadikannya sebagai satu isu, tetapi wakil rakyat itu ada mencetuskan beberapa perkara yang perlu diberi perhatian.
“(Sebenarnya) beliau ada membuat beberapa poin yang baik, tetapi kena ingat bahawa sebahagian besar daripada 1.3 juta kakitangan awam adalah orang Melayu. Kira-kira 150,000 adalah tentera dan 100,000 lagi polis,” kata beliau lagi.
Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa (UIA) ini menambah, dalam mana-mana kes kakitangan awam, mereka dilindungi oleh Perlembagaan Persekutuan.
“Jadi, kebimbangan yang ditimbulkan oleh Utusan adalah mengarut. Anggota awam tidak boleh dibuang begitu sahaja,” kata beliau lagi.
Dalam komennya semalam, Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar berkata Pakatan Rakyat tidak pernah membincangkan pengurangan jumlah kakitangan awam jika mengambil alih kerajaan pusat tetapi tidak menolak keperluan menggunakan tenaga kerja secara cekap demi pulangan yang optimum.
Justeru kata beliau, jika ada mana-mana pihak yang melahirkan pandangan sedemikian, ia hanya merupakan pandangan peribadi pemimpin terbabit dan bukannya dasar Pakatan Rakyat.
“Kalau ada mana-mana pihak yang membangkitkan perkara itu, itu adalah pandangan peribadi dan tidak mewakili Pakatan Rakyat,” kata beliau.
Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena menekankan tentang keperluan pelaksanaan pengurusan yang bijak dan berkesan bagi mengoptimumkan pulangan dari kakitangan awam yang ada kini.
Laporan-laporan media pro-Umno mendakwa hasrat DAP mahu mengurangkan bilangan penjawat awam sekiranya dipilih sebagai pemerintah negara mengukuhkan dakwaan bahawa parti berkenaan tidak selesa melihat penguasaan orang Melayu dalam sesuatu bidang.
Ruangan Awang Selamat Mingguan Malaysia kelmarin juga mendakwa isu tersebut satu lagi provokasi DAP yang tersirat agenda tertentu.
Pua dipetik sebuah akhbar Cina baru-baru ini berkata kerajaan pihaknya akan mengurangkan penjawat awam dan menamatkan perkhidmatan mereka yang tidak efisien seperti yang dilakukan kera jaan China bagi mengurangkan bajet kerajaan.
Sehubungan itu Mahfuz juga berkata, banyak yang boleh dipelajari daripada sektor korporat dan swasta mengenai kaedah-kaedah mengoptimumkan pulangan dari jumlah pekerja yang ada.
Dalam ulasanya, Aziz juga berkata, sektor awam telah melalui pelbagai perubahan sehingga aspek keberkecualian kakitangan awam telah terjejeas khususnya ketika pentadbiran Dr Mahathir.
“Ini termasuklah pengenalan akujanji ataupun amalan pelantikan (pelanjutan jawatan) yang bersifat kontrak yang telah menjejaskan moral perkhidmatan,” kata beliau sambil menambah, aspek itu telah membawa kepada elemen politiking yang menjejaskan mutu perkhidmatan.
“Di bawah Perlembagaan, perkhidmatan awam seharusnya neutral, berkhidmat dengan mana-mana kerajaan semasa. Kesetiaan dan ketaatan adalah kepada negara, yang diterajui Yang di-Pertuan Agong. Itu sebabnya bagi saya akujanji adalah tidak berperlembagaan,” katanya lagi. (TMI)
Klik untuk berita penuh >>

Siapa sebenarnya politikkan Seksualiti Merdeka?

Monday, November 7, 2011


Acara kempen kesedaran hak gay, Seksualiti Merdeka menjadi satu lagi isu yang memperlihatkan perbezaan politik yang menjurus kepada perpecahan Melayu Muslim di Malaysia, ketika umat sedang melalui musim haji.

Kedua-dua parti politik Melayu Muslim, PAS, Umno dan penyokong mereka, memperlihatkan kecenderungan menggunakan isu itu sebagai kempen politik.

Umno jelas sekali lebih didorong untuk mengecam program dan gaya hidup itu disebabkan penglibatan Datuk Ambiga Sreneevasan yang mengetuai Bersih 2.0 yang digerakkan oleh PAS dan Pakatan Rakyat.

Tetapi perlu diakui hal ini bukan satu-satunya faktor mendorong Umno menyatakan pendirian yang tegas itu. Sebagai parti yang konservatif, penentangan itu sememangnya kena dengan pendiriannya.

Penegasan pendirian Umno yang menentang gaya hidup gay itu juga dapat dimanfaatkan untuk memberi tumpuan kempen negatif terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim dan aktivis liberal yang aktif dalam PKR.

Kempen negatif terhadap Anwar dan PKR itu menjadi salah satu isu utama yang dimainkan oleh Umno terhadap musuh politik mereka itu, terutama ekoran kes melibatkan bekas pembantu Anwar, Mohd Saiful Bukhari Azlan yang menjejaskan ketua PKR itu.

Lebih memberi poin politik kepada Umno ialah tindakan Anwar dan partinya berdiam diri, atau tidak bercakap selantang pihak lain terutama rakannya dalam PR, PAS.

Pada masa sama, Umno dan penentang Anwar menimbulkan kembali satu kenyataan Anwar berhubung homoseksualiti yang menegaskan golongan itu tidak sepatutnya didiskriminasi, kenyataan yang boleh dibaca sebagai pendirian yang mesra gay.

Sebagai parti berideologi liberal, PKR tidak dapat memperlihatkan penentangan terhadap gaya hidup itu, untuk mengelakkan daripada kelihatan bermuka-muka atau membelakangi perjuangan hak asasi manusia.

Tahun ini juga menyaksikan tindakan tegas oleh pihak polis dan pemerintah terhadap acara kempen gay itu, yang disebabkan profil lebih tinggi dinikmati acara itu ekoran perhatian ramai ekoran kaitannya dengan pembangkang.

Hal ini telah memberi modal kepada PAS untuk mengalihkan tumpuan kepada kerajaan Barisan Nasional dikuasai Umno, dengan menyatakan pemerintah membiarkan acara itu berlangsung sebelum ini.

Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar dilapor berkata pemerintah membenarkan acara itu berjalan sebelum ini, dalam satu kenyataan yang dilihat sebagai usaha mengalihkan tumpuan kepada Umno.

Hakikatnya, sejak 2008, acara itu diadakan secara tidak terbuka, tidak seperti tahun ini yang melibatkan kempen meluas melalui media baharu.

PAS sendiri hanya mula menyatakan penentangan secara lantang pada tahun ini, sama seperti Umno yang didakwa berdiam diri itu.

Sebelum Mahfuz, Salahuddin Ayub, seorang lagi naib presiden memulakan usaha mengalih perhatian daripada PAS kepada pihak lain dengan mengaitkan Majlis Fatwa Kebangsaan, yang dalam kenyataannya didesak mengeluarkan fatwa menghalang acara itu.

Dewan Muslimat PAS turut melakukan usaha yang sama, dengan menyatakan kerajaan hanya bertindak terhadap Seksualiti Merdeka kerana acara tahun ini melibatkan Ambiga.

Dalam keadaan defensif dan terdesak menyelamatkan diri, PAS - kecuali Dewan Pemuda yang mengeluarkan kenyataan lebih jelas dan tegas - telah terlibat dalam satu permainan politik murahan dengan kenyataan-kenyataan itu, yang bermatlamat sekadar menyelamatkan diri dan meletakkan kesalahan kepada pihak lain.

Sebenarnya PAS hanya perlu menyatakan pendirian yang tegas dan jelas berhubung isu itu, tanpa memperlihatkan keadaan terdesak dan bermain politik dengan mengalihkan perhatian kepada pihak lain dengan cara yang tidak sewajarnya.

Isu yang menyentuh sensitiviti dan maruah umat itu kelihatan telah dibiarkan berlalu dengan hanya memberi perhatian kepada unsur politik kepartiannya.

PAS, sebagai contoh, boleh menjawab dengan menegaskan sokongan kuat untuk usaha reformasi pilihan raya, dengan tidak menjadikan Ambiga atau sesiapa sahaja sebagai isu. Sokongan untuk Bersih 2.0 boleh ditegaskan sebagai sokongan kepada usaha membersihkan proses pilihan raya dan bukan sokongan untuk Ambiga.

PAS telah terpalit dengan implikasi negatif acara itu disebabkan hubungan parti itu dengan Ambiga. Hal ini tidak dapat dielakkan walaupun hubungan seperti itu tidak cukup untuk membuktikan perkongsian pandangan tentang sesuatu isu.

Tetapi umum mengakui bahawa persepsi mempunyai pengaruh yang besar dalam medan politik, dan boleh menjadi cukup untuk dijadikan asas pembuatan keputusan sesetengah ahli masyarakat.

PAS perlu mengambil pengajaran daripada episod ini, dengan menyiapkan pendirian tegas dalam pelbagai isu mencabar dalam suasana yang disebut "politik baharu" masa kini.

Isu hak asasi manusia yang terkandung di dalamnya orientasi seksual, hak beragama dan mengamalkannya dan banyak lagi hal yang divisif akan menjadi satu topik besar dalam politik tempatan.

Semua pihak, sama ada pembangkang atau pemerintah tidak akan dapat lari daripada perdebatan isu kritikal tersebut.

Suasana semasa, dan pada masa akan datang, akan menyaksikan pertembungan lebih terbuka dan getir melibatkan pandangan dunia dipegang oleh PAS dan pihak lain, melibatkan pelbagai jenis ideologi dan falsafah.

PAS, atau mana-mana parti politik tidak akan dapat memuaskan hati semua pihak dengan bercakap dalam pelbagai bahasa yang berbeza kepada kelompok yang berbeza.

Sesebuah parti boleh mempunyai elemen yang lebih liberal atau lebih konservatif secara relatif berbanding arus perdana parti, tetapi tidak akan dapat diterima sepenuhnya oleh dua kumpulan yang ekstrem pertentangannya.

Dalam hal-hal yang kritikal melibatkan pegangan utamanya sebagai sebuah parti Islam seperti yang dijelaskan dalam perlembagaan, PAS perlu menzahirkan pendirian dengan tegas.
Klik untuk berita penuh >>

Kisah Anak Durhaka - Najib lebih dahsyat dari Malin Kundang




Salam 'Aidul Adha kepada semua.

'Aidul Adha mengingatkan kita kepada kisah silam tentang Nabi Allah Ibrahim yang di uji cuba oleh Allah supaya menyembelih anak kesayangannya, Nabi Ismail .

Ianya juga memaparkan tentang kesabaran dan ketaatan seorang anak, Nabi Ismail yang taat dan rela dikorbankan demi menunaikan amanah yang diperintahkan oleh Allah SW.


Tetapi, dihari yang baik ini, saya ingin membawa para pembaca mengingati kisah silam juga, tetapi tentang kisah seorang anak yang durhaka.

Iaitu kisah Malin Kundang , satu karakter dalam dongeng yang konon ceritanya telah berubah menjadi batu bersama-sama isteri dan isi kapalnya, setelah sang ibu menyumpahnya, gara-gara sang anak tidak mahu mengakui ianya adalah ibu kandungnya sendiri.

Di tepi Pantai Air Manis di Sumatera Barat , terdapat Bongkahan batu-batu yang menyerupai bentuk kapal yang sudah tidak beraturan serta bentuk orang yang sedang sujud menghiasi pantai ini.

Malin Kundang disumpah oleh ibunya karena enggan mengakui ibunya setelah bepergian ke daerah lain dan menjadi kaya raya.

Begitulah kisah yang menimpa anak yang menderhakai ibunya.Kesannya masih ada hingga ke hari ini dan ceritanya berterusan dari generasi ke generasi supaya dijadikan teladan oleh mereka yang insaf dan menyedari adanya balasan bagi setiap kelakuan. Bahawa yang baik, pasti balasannya baik. Maka begitu pula bagi kejahatan, balasannya pasti kejahatan juga. Setimpal jadinya.


Bongkahan kapal pecahnya terlihat jelas. Ada tali tambang yang melingkailingkar seperti dikapal, tapi semua membatu...
Di saat air pasang, ombak akan menyapu bebatuan itu. Konon, ombak yang menerjang bebatuan itu menghasilkan suara seperti ratapan. Laksana sebuah pilu sedih penyesalan Malin Kundang.

Mari kita renungkan sejenak – Malin Kundang menjadi batu akibat sumpahan ibu kandungnya sendiri gara-gara derhaka kepadanya.

Maka apa akan terjadi kepada Najib yang derhaka terhadap amanat bapanya, Tun Abdul Razak untuk menyerahkan royalti minyak 5% kepada rakyat Kelantan.Bahawa Najib bukan sahaja menderhakai bapanya, malah derhaka kepada ribuan rakyat Kelantan. Ingatlah, entah berapa ribu rakyat Kelantan akan menyumpahnya seranahnya? Apakah Najib tidak akan terkena salah satu sumpahan daripada yang beribu-ibu itu?


Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petrolium yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya.

Itulah antara ucapan Tun Abdul Razak pada tahun 1975, ketika menjawab pertanyaan Lim Kit Siang dalam sidang Dewan Rakyat ketika itu

Tetapi sayangnya, anaknya sendiri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak amanah. Najib gagal menunaikan amanat tersebut. Dia layak dianggap sebagai seorang anak yang engkar dan derhaka – bukan sahaja kepada arwah bapanya, malah terhadap rakyat Kelantan seluruhnya.

Nantikanlah sahaja dan kita amat yakin dengan janji Allah sebagaimana yang dinyatakanNya dalam surah Ibrahim ayat ke 42 :


Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka
Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang
yang zalim; sesungguhnya Dia hanya melambatkan
balasanmereka hingga ke suatu hari yang padanya
terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku) (42)

Dosa Najib adalah lebih besar dari Malin Kundang yang hanya derhaka kepasda ibu kandungnya.Sejahat-jahat Malin Kundang , dia tidak pernah ambil isteri orang. Walaupun dia juga mempunyai kapal, namun dia tidak pernah dibabitkan dengan pembelian kapal dengan cara songlap.

Najib sebenarnya tidak layak menjadi pemimpin rakyat walau pun sudah mengerjakan haji kerana dia masih belum mahu bertaubat dan kembali menjadi anak yang taat kepada amanat bapanya....

Di Malaysia, juga punyai versi yang hampir sama dan dikenali sebagai Kisah Si Tanggang.Mungkinkah Najib merupakan Si Tanggang - Nakhoda Kapal Selam zaman kini? Najib tentunya lebih hebat dari SiTanggang mahupun Malin Kundang kerana Najib bukan sahaja derhaka kepada orang tuanyanya, malah kepada rakyat jelata!
Klik untuk berita penuh >>