Followers

TERBARU!! Gambar Azilah (pembunuh Altantunya) di siar di Internet

Monday, October 31, 2011

Ini ada soalan cepu emas terbaik untuk semua...sila jawab dgn hati tulus mulus tanpa fulus. Soalannya ialah sudah 5 tahun Altantuya dibunuh dengan kejam dan pembunuhnya Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar pun telah disabitkan hukuman gantung, Adakah Azilah & Sirul telah digantung? jika ya dimana kuburnya? jika belum bila akan dilaksanakan hukumannya?Macam-macam persoalan timbul mengenai pembunuh altantuya nieh!!Mereka berdua pun tak pernah kita nampak mukanya!!! Kalau depa duduk jadi jiran kita pun haram tak kenal muka!!Sapa-sapa ada gambar dua orang pembunuh ni boleh bagitau Sk.Mahu jugak Sk tengok.hahahah,Cuma SK sempat Jumpa Gambar Ini sahaja Dalam internet..Gambar lukis
Hahahaha..Takkan ada gambar lukis saja kot..Mana gambar yang betoi?????

RAMM: Kepada Revolutioner yang kenal/pernah tengok gambar pembunuh ini boleh tepek gambar makhluk ini ke Pages yer... Hahaha Mari kite tengok siapa pernah tengok... Sebab pelik dan sangat pelik... ntah2 pembunuh dah jadik PM takde siapa pun tahu.. ha ha ha
Klik untuk berita penuh >>

Dunia Ini Hari.. ngeh.. ngeh.. ngeh..



Baca selanjutnya di Fan Pages RAMM
Klik untuk berita penuh >>

SAH!! Harta First Lady akan dirampas Kerajaan




Manila: Tiga hartanah di Manila yang dimiliki oleh bekas wanita pertama negara itu yang ranggi, Cik Imelda Marcos, akan dirampas pihak berkuasa sebagai bayaran bagi wang yang beliau salahgunakan hampir tiga dekad lalu, kata pemerintah Filipina semalam.

Rumah-rumah itu bernilai sejumlah US$1.3 juta(RM4.00 juta), menurut pemerintah negara itu.

Langkah itu menamatkan satu pertarungan undang-undang yang bermula pada 1987, setahun selepas mendiang suami Cik Marcos, bekas presiden Ferdinand Marcos, diguling, kata seorang jurucakap bagi Suruhanjaya Presiden bagi Pemerintahan Baik Filipina, Encik Nick Suarez.

Beliau berkata tidak diketahui apakah keluarga Encik Marcos pernah tinggal dalam rumah-rumah itu, yang akan dijadikan pampasan bagi 10 juta peso yang diambil secara haram daripada agensi pengimport beras Filipina pada 1983.

'Ia satu kemenangan bagi rakyat Filipina dan pemerintah kerana kita telah mendapatkan semula apa yang telah dicuri,' kata Suarez kepada agensi berita AFP.

Suruhanjaya itu telah berusaha mencari jalan untuk mendapatkan semula wang berjumlah sehingga berbilion dolar yang dicuri oleh mendiang diktator Filipina dan keluarganya itu semasa beliau memegang jawatan presiden negara itu.

Sebuah mahkamah antirasuah khas memutuskan pada April lalu bahawa keluarga Encik Marcos harus mengembalikan wang tersebut kepada pemerintah, bersama faedahnya, dan mahkamah yang sama juga memutuskan minggu ini bahawa pemerintah Filipina kini boleh merampas hartanah itu selepas keluarga berkenaan gagal melunaskannya.

Jurucakap bagi Cik Marcos tidak dapat dihubungi untuk mengulas perkara itu.

Mendiang Marcos memerintah Filipina dari 1965 hingga 1986, dengan sebahagian besar tempoh tersebut beliau bertindak sebagai seorang diktator.

Keluarga dan sekutu-sekutu beliau telah didakwa mencuri berbilion dolar daripada dana negara semasa pemerintahannya.

Cik Marcos terkenal kerana tabiatnya yang kuat belanja dan gaya hidupnya yang serba mewah, walaupun negaranya serba miskin. -- AFP.
Klik untuk berita penuh >>