Followers

Tolak politik api-apikan perkauman

Sunday, November 13, 2011

Malaysia akan lebih aman dan adil jika orang Melayu menolak  fahaman politik UMNO masa kini yang lebih gemar mengapi-apikan sentimen perkauman daripada berusaha membanteras rasuah dan penyelewengan.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor Khalid Samad berkata, ajaran Islam sebenarnya menggalakkan umatnya untuk lebih memahami dan menghormati hak-hak orang bukan Islam, dan bukan bermusuhan atau benci-membenci.

“Banyak orang UMNO kata rasuah itu tidak mengapa, asalkan yang untung dan kaya raya ialah Melayu. Dulu kita bangkitkan tentang soal rasuah, mereka kata ‘kenapa nak bising, yang dapat ialah orang Melayu, yang kaya ialah Melayu… apa salahnya’?


“Jadi, mereka ini memang tidak kisah kalau nak menipu, rasuah, menzalimi orang lain. Tetapi Nabi Muhammad sendiri menolak dan tidak mengakui umat yang angkuh, dan zalim.

“Kerosakan angkara UMNO ini satu hakikat yang akhirnya sampai ke hari ini orang Melayu tidak punya keyakinan untuk berdikari, budaya bergantung sehingga jika UMNO tiada lagi, mereka ingat habis semua Melayu. Inilah masalahnya,” katanya.

Beliau bagaimana pun bersyukur kerana rakyat Malaysia semakin mula bersatu dan membebaskan diri dari belenggu perkauman.

“Orang Melayu boleh ke gereja berjumpa dengan penganut Kristian, boleh ke tokong atau kuil tanpa rasa syak wasangka,” katanya, menambah ini juga adalah pendirian PAS yang mahu berbaik-baik dengan semua kaum dan agama, asalkan tidak membabitkan soal akidah.

Khalid yang juga Ahli Parlimen PAS Shah Alam berkata demikian ketika berucap pada majlis makan malam pungutan dana untuk sekolah agama rakyat dan surau di Puchong Indah anjuran DAP Puchong, malam kelmarin.

Majlis tersebut yang dihadiri lebih dari 400 masyarakat Puchong dari pebagai latar kaum dan budaya yang berbeza turut mengutip derma lebih RM20,000 untuk memperbaiki surau dan sekolah agama di kawasan itu.
Khalid turut memberi contoh riwayat Khalifah Islam yang kedua, Saidina Umar Al-Khattab yang menakluk Baitulmaqdis, telah berjaya mewujudkan suasana toleransi di antara orang Islam dan Kristian, termasuk mengadakan perbicangan dan dialod dengan para paderi.

Jelas beliau, kebijaksanaan Umar terserlah apabila beliau dipelawa untuk bersolat di sebuah gereja, telah menolaknya secara berhemah kerana khuatir masyarakat Islam zaman akan datang mungkin mahu menjadikan gereja itu sebagai masjid.
“Ini adalah kerana adanya sifat orang Islam menghormati dan memikirkan kesan jangka panjang terhadap masyarakat akan datang,” ujarnya.

Mohon kongsikan bacaan ini untuk bacaan semua. Terima kasih
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Comments
0 Comments

0 comments: