Followers

TAHNIAH NGO SIS SEBAB SOKONG SEXUAL MERDEKA!

Saturday, November 5, 2011

Pengumuman,

Komuniti Revolusi Anak Muda Malaysia (RAMM) dengan ini mengumumkan secara jelas dan pasti terhadap isu berbangkit iaitu berkenaan Isu kebebasan bersuara (demokrasi) dan isu Seks kaum sejenis.. 

Walaupun RAMM menyokong penuh isu DEMOKRASI dan melawan kerajaan untuk mendapatkan hak bersuara tetapi RAMM tidak menyokong apa yang di bawa oleh Sexualiti Merdeka dan untuk isu ini RAMM menyokong penuh jika POLIS serta NGO-NGO lain untuk mengharamkan perhimpunan oleh Sexuality Merdeka ini.

Boleh juga dikatakan begini pendirian kami,


" WAJIB  SI ISTERI UNTUK DENGAR KATA-KATA SUAMINYA SELAGI SI SUAMI TIDAK MELANGGAR LARANGAN ALLAH"

Ini kerana Demokrasi (negara bebas/bebas bersuara) tidak lah boleh melanggar hukum hakam Agama Islam sebagai agama rasmi negara Malaysia.. Kebebasan dalam erti kata menghormati sifat manusia, bukannya kebebasan yang menjerumuskan manusia kepada sifat yang bukan manusia.

Harap maklum dengan pendirian RAMM..

[ Wajib baca (klik) : Kenyataan Penuh ]
Baca Berita


Pertubuhan bukan kerajaan Sisters in Islam (SIS) mengecam tindakan keras pihak polis mengharamkan program Seksualiti Merdeka, yang dikuatkuasakan serta-merta hari ini.

Dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini, kata SIS, pihaknya menganggap ia satu lagi bentuk tindakan menapis dan menghalang aspek kebebasan bersuara, berhimpun dan berkongsi idea dengan bebas di Malaysia.

“Kami juga prihatin berkenaan kaedah pengharaman yang hendak dikuatkuasakan".

“Adakah, misalnya, ada perintah pengharaman satu-satu festival? Bagaimana pihak polis hendak menguatkuasakan pengharaman ini?” kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.

SIS berkata sementara pihaknya faham yang ada Muslim yang membantah idea menghormati kepelbagaian gender dan seksual, sebagai pertubuhan membela kaum wanita mereka tidak bersetuju dengan kaedah digunakan untuk menghalang idea-idea ini.

“Kami sendiri berhadapan dengan laporan-laporan polis hanya kerana mempersoalkan prosedur-prosedur jenayah syariah ke atas wanita, dan penerbitan kami yang membincangkan impak ekstremisme agama ke atas wanita Muslim pernah diharamkan oleh pihak berkuasa,” kata SIS lagi.

Sehubungan itu kata SIS, pihaknya kecewa kerana Seksualiti Merdeka berhadapan dengan nasib intimidasi dan pengaiban yang sama.

“Kami meminta rakan-rakan Muslim agar menggunakan kebijaksanaan apabila berurusan dengan isu-isu dibawa oleh Seksualiti Merdeka.

“Kami juga meminta pihak berkuasa agar memastikan keselamatan dan sekuriti mereka yang terlibat khususnya penganjur, sukarelawan dan penyokong Seksualiti Merdeka,” kata pertubuhan ini.

Dalam pada itu, Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) menyambut baik pengumuman pihak polis mengisytiharkan pengharaman semua aktiviti Seksualiti Merdeka. Sehubungan itu Presidennya Ahmad Fahmi Mohd Samsudin berkata, PKPIM memberi amaran kepada pihak penganjur supaya akur dan membatalkan festival yang bakal diisi dengan forum, ceramah, bengkel, pelancaran buku, pameran seni dan persembahan ini dengan segera dengan mengambil kira desakan dan tentangan keras yang telah dibuat oleh banyak pihak yang membantah penganjuran program songsang ini.

“PKPIM juga meminta supaya pihak penganjur untuk memohon maaf kepada semua rakyat Malaysia kerana ia jelas sama sekali bertentangan dengan norma budaya dan realiti kehidupan beragama yang berlandaskan kepada nilai ketimuran yang wujud di Malaysia.

“Penganjuran program seperti ini juga boleh mengakibatkan penularan sindrom kekeliruan dan kecelaruan jatidiri sebagai seorang individu di samping memberikan imej dan gambaran yang buruk kepada Malaysia sebagai sebuah negara yang berpegang kepada prinsip

Kepercayaan Kepada Tuhan dan Kesopanan dan Kesusilaan yang terkandung di dalam Rukun Negara dan agama Islam sebagai agama rasmi Persekutuan,” kata beliau.

Tambah beliau, PKPIM juga mempersoalkan bagaimana festival ini boleh berlangsung pada tempoh yang lama sehingga dijadikan program tahunan di tempat yang sama semenjak 2008 sehingga mendapat tajaan dan sokongan daripada pihak-pihak tertentu termasuklah Majlis Peguam, Amnesty dan International Malaysia.

“PKPIM bimbang dengan adanya kebebasan ini disalah guna oleh sesetengah pihak untuk membawa fahaman songsang dan keliru.

“PKPIM juga mengingatkan kepada pihak kerajaan dan polis untuk turut bersikap tegas dalam mengharamkan penganjuran konsert artis gay Elton John pada 22 November ini yang sebenarnya turut mengandungi unsur-unsur yang boleh merosakkan akhlak, budaya negatif hedonisme dan moral masyarakat dan ianya sama sekali tidak sesuai dengan kehidupan masyarakat di Malaysia apatah lagi sangat bertentangan dengan ajaran agama Islam,” kata beliau lagi. / TMI


Salam REVOLUTIONER,

INGAT ISU INI!?
JOM TOLAK SIS!

Mohon kongsikan bacaan ini untuk bacaan semua. Terima kasih
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Comments
0 Comments

0 comments: