Followers

ANWAR PERNAH PERGI HAJI!?

Wednesday, November 2, 2011

Sejak Najib berangkat ke Makkah untuk menunaikan umrah dan haji, timbul sindiran dan cakap-cakap berunsur fitnah daripada pencacai UMCO di laman sosial dan di blog kononnya DSAI belum menunaikan haji. Berkokoklah mereka dengan sekuat-kuatnya, maklumlah idola mereka kini berada di Makkah untuk menunaikan haji.

Antara kata yang dilemparkan termasuklah: "Bilalah agaknya Anuar Ibrahim hendak menunaikan Rukun Islam Kelima itu ye? London boleh pergi, Bangkok dah macam rumah kedua, takkan belum terbuka hati untuk mengerjakan haji?" Bukan sahaja memfitnah tentang haji, malah jurublog penyokong UMCO tegar ini turut mengaitkan DSAI dengan fitnah video lucah yang kononnya berlaku di Bangkok.

Sila lihat paparan skrin di bawah ini:


Tohmahan pencacai UMCO itu dijawab oleh DSAI di Twitternya hari ini. Dalam mesej balasnya kepada seorang pengikut, DSAI menyatakan bahawa beliau sudah 2 kali menunaikan haji. -DCM

Mohon kongsikan bacaan ini untuk bacaan semua. Terima kasih
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Comments
0 Comments

0 comments: